namun sayang.. tak ramai
Ar-rijal yang kutemui tetap bukan ar-rijal seperti kalian.Aku mencari an-nisa' yang aku pernah lihat kewibawaannya,
Ah, Tuhan..
An-nisa' itu tidak sama dengan kalian.
Aku mencari bibit-bibit ukhuwah fillah di situ
tetap tidak berhasil.
Tipu kalau aku katakan nilainya sifar
tapi ukhuwah yang aku lihat pada mereka tidak sama dengan kalian.
Aku mencari sinar kemesraan pada wajah mereka
Alhamdulillah, sinar itu wujud, tapi..
Tetap tidak sama !
Aku mencari roh dakwah di situ
Allahurabbi..
Tetap tidak sama dengan kalian.
Aku mencari seorang amir sehebat amir yang pernah kita punya
Amir itu ada, tapi..
Tetap berbeza.
Aku mencari srikandi yang pernah memimpin kita
Aduhai..
Tetap tidak kutemui.
******
Maafkan aku, teman
Bukan niatku mahu mewujudkan jurang perbezaan
Tapi aku terlalu sayang,
Terlalu rindu pada mereka.
Kenangan semalam masih tersemat kukuh di hati
Masih tidak membuka pintu hati buat cinta baru
Egoku kadang-kadang mengatasi
Namun apakan daya..
Soal hati dan perasaan
Tidak boleh dipaksa.
Aku masih idamkan bacaan doa wahdah
Aku masih impikan alunan rabitah
Aku masih dambakan tazkirah yang tak putus
Seperti yang mereka pernah berikan.
جون ٳيك ذولكيفلي

No comments:
Post a Comment